Kelas Asas ICT dan NADI Safe Shield Tahun Dua
21 September 2024 | Aktiviti TerkiniPada 20 September 2024 (Jumaat), NADI Sg. Bandung telah mempromosikan Program Smart Services kepada pelajar-pelajar Sekolah Rendah Plaman Baki/Menaul sempena dengan cuti persekolahan penggal dua lalu. NADI Sg. Bandung telah mengadakan NADI Safe Shield untuk pelajar-pelajar sekolah tersebut dengan menayangkan video Klik Dengan Bijak berkaitan dengan Buli Siber dan Cyber Grooming. Selain itu, antara aktiviti lain yang dijalankan ialah kelas asas ICT dan kuiz e-learning.
Seramai 11 orang pelajar sekolah rendah tersebut telah menyertai aktiviti tersebut dan pelajar-pelajar telah diberi tunjuk ajar bagaimana untuk menaip di dalam Microsoft Words. Petugas NADI Sg. Bandung telah menyediakan cerita pendek untuk pelajar-pelajar tersebut menaip dengan menerangkan fungsi-fungsi papan kekunci. Selain itu, pelajar-pelajar juga diberi tunjuk ajar bagaimana menggunakan Google dan mencari carian di dalam Google. Petugas NADI meminta pelajar-pelajar untuk membuat carian bendera Malaysia di dalam Google dan memuat turun untuk diletakkan di dalam Microsoft Words.
Untuk kelas E-learning, petugas NADI Sungai Bandung telah mengadakan kuiz kemerdekaan dan hari Malaysia di dalam Google Form. Pelajar-pelajar diminta untuk menjawab di dalam Google Form tersebut. Selain itu, pelajar-pelajar juga belajar mengenal komponen komputer dalam Wordwall. Ini bagi memberikan pengenalan kepada pelajar-pelajar berkaitan asas komponen komputer yang perlu mereka ketahui.
Selain itu juga, petugas NADI telah membuka video tayangan Klik dengan Bijak kepada pelajar-pelajar tersebut berkaitan Buli siber dan Cyber Grooming. Hal ini untuk memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar tersebut mengenai bahaya buli siber yang boleh menyebabkan seseorang boleh menjadi murung, resah atau penyakit lain yang berkaitan dengan tekanan. Cyber Grooming pula ialah menjalinkan perhubungan emosi dengan kanak-kanak atau remaja bagi tujuan penderaan sek, eksploitasi atau pemerdagangan seks. Ini bagi memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar tersebut bahayanya penggunaan telefon pintar tanpa dipantau oleh ibu bapa.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: